Bismillahirrahmanirrahim

Amalan Sabar Dalam Ujian

  1. Kita Tidak Akan Pernah Terlepas Daripada Ujian

  2. Ganjarang Orang Sabar

Kita Tidak Akan Pernah Terlepas Daripada Ujian

  • Begitu banyak ayat yang menerangkan bahawa manusia itu tidak akan pernah lepas daripada ujian.

  • Allah Ta'ala berfirman:

    وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍۢ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍۢ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

    Ertinya: “Dan sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar.” [Al-Baqarah: 155].

  • Allah Ta'ala juga berfirman:

    لَتُبْلَوُنَّ فِىٓ أَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ

    Ertinya: “Dan sesungguhnya kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu.” [Ali Imran: 186].

  • Allah Ta'ala seterusnya berfirman:

    لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِى كَبَدٍ

    Ertinya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.” [Al-Balad: 4].

  • Dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menerangkan akan hal ini. Kita tidak akan pernah terlepas daripada ujian, selesai satu ujian kita akan memasuki ujian yang lain.

  • Dan begitulah seterusnya, sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir.

  • Namun, ada satu ayat menjadi penghibur hati kita tatkala menghadapi berbagai ujian, ayat ini hendaklah dihafal oleh setiap daripada kita agar kita teguh menghadapi apa sahaja ujian, iaitulah ayatNya yang berbunyi:

    إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

    Ertinya: “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar.” [Al-Baqarah: 153].

Ganjaran Orang yang Bersabar

Allah Ta‘ala berfirman:

وَٱلَّذِينَ صَبَرُوا۟ ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ سِرًّۭا وَعَلَانِيَةًۭ وَيَدْرَءُونَ بِٱلْحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ أُو۟لَـٰٓئِكَ لَهُمْ عُقْبَى ٱلدَّارِ (٢٢)

(٢٣) جَنَّـٰتُ عَدْنٍۢ يَدْخُلُونَهَا وَمَن صَلَحَ مِنْ ءَابَآئِهِمْ وَأَزْوَٰجِهِمْ وَذُرِّيَّـٰتِهِمْ ۖ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِم مِّن كُلِّ بَابٍۢ

(٢٤) سَلَـٰمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ ۚ فَنِعْمَ عُقْبَى ٱلدَّارِ

Ertinya: “Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan solat, serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik; kesemua mereka disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya. Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama orang yang mengerjakan amal soleh daripada kalangan ibu bapa, isteri, dan zuriat mereka; dan para malaikat pula akan masuk kepada mereka dari setiap pintu. (Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahteralah atas kesabaran kamu; maka amatlah baik tempat kesudahan itu.”.” [Al-Ra’ad: 22-24].

  • Di akhirat nanti, balasan orang yang bersabar tiada yang lain melainkan Syurga. Bersama dengan ibu bapa, isteri dan zuriat mereka yang soleh. Alangkah besarnya ganjaran ini, diperuntukkan hanya kepada mereka yang bersabar.

  • Bacalah dan hayatilah ayat yang agung ini, serta berdoalah agar Allah menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang sabar.

Apabila tertimpa kesusahan atau ditimpa musibah, ucaplah:

  • Ketika Ditimpa Musibah

    إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

    Ertinya: “Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku kerana musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah kepadaku sesuatu yang lebih baik daripadanya”

    (Sahih Muslim no. 918)

    لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

    Ertinya: “Tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah, Yang Maha Lembut Lagi Maha Agung. Tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah, Tuhan Arasy yang agung. Tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah, Tuhan seluruh langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia”

    (HR Al-Bukhari dan Muslim)

    اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، أَذْهِبِ الْبَأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

    Ertinya: “Ya Allah,Tuhan sekalian manusia : Singkirkanlah penyakit, berikanlah kesembuhan. Dan Engkau adalah Penyembuh, tidak ada kesembuhan melainkan dengan Kehendak-Mu ; kesembuhan yang tidak diiringi dengan penyakit lainnya.”

    Baca sambil mengusap dengan tangan kanan.

    (HR Al-Bukhari dan Muslim)

HIKMAH SEBALIK MUSIBAH

Setiap dari kita pasti akan mengalami yang namanya musibah. Ini adalah sunnatullah yang tidak dapat dielakkan oleh kita semua. Musibah dapat diertikan sebagai suatu ujian yang menimpa manusia sama ada yang beriman mahu pun yang kufur, malah semakin tinggi iman seseorang maka semakin besar pula ujiannya, hal ini dapat dibuktikan kepada apa yang berlaku bagi para Nabi dan orang-orang soleh.

Allah SWT berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Ertinya: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.

(al-Baqarah 2:155)

Kadangkala kita tidak menyedari bahawa Allah menguji keimanan dan ketakwaan kita dengan ditimpakan suatu musibah, justeru cubaan yang datang bertubi-tubi ada hikmat yang terselit di sebalik itu semua.

Baginda Nabi SAW bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا، إِلَّا كَفَّرَ اللّٰهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Ertinya: “ keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya”

(HR. Bukhari, 5642)

Hendaklah kita yang diberikan ujian berbaik sangka kepada Allah, bahawa Dia tidak akan mensia-siakan hambaNya apatah lagi mereka yang beriman. Sedarlah kita bahawa dunia adalah penjara bagi orang beriman yang mesti dilalui dengan kesabaran.

Beberapa perkara pengajaran penting yang boleh kita petik dari kedua hadis tersebut:

  • Setiap orang mukmin akan diuji keimanannya oleh Allah dengan bermacam musibah.

  • Musibah dapat menghapus dosa seseorang.

  • Keletihan, kekuatiran, kesedihan, penyakit dan terkena tusukan duri merupakan contoh musibah yang dapat menghapuskan dosa.

  • Kurnia dan kasih sayang Allah kepada hambaNya diampunkan dosa mereka walaupun dengan musibah yang paling kecil.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.