Bismillahirrahmanirrahim

Al-Quran Dan Fadhilatnya

Sumber : Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (AHMD)

ILMU

  1. PERKARA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCARI ILMU

    • Kecerdikan

    • Tamak/lapar Ilmu

    • Bersungguh-sungguh

    • Cukup wang

    • Cukup masa

    • Guru yang baik

  2. HUKUM MENUNTUT ILMU:

    1. FARDHU AIN

      • rukun iman dan rukun islam

      • wajib faham dan beriman

    2. FARDHU KIFAYAH

      • merupakan perkara harian

      • wajib ada walaupun tahu bukan semua

    3. FARDHU KIFAYAH AINI

      • bagi yang menceburi sesuatu bidang ilmu, mesti buat dan belajar dengan bersungguh-sungguh

      • Contoh ilmu Aini : Falsafah, Sains, Matematik, Muzik dan sebagainya

    4. ILMU HARUS

      • merupakan ilmu yang bahaya

      • harus untuk belajar, tetapi haram jika mengamalkannya

      • Contohnya : sihir, pukau, bunuh dan lain-lain

  3. AL-QURAN SEBAGAI SYAFAAT

    • Nabi SAW bersabda : Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong.

    • Barangsiapa meletakkan Al-Quran di hadapannya, maka Al-Quran akan memandunya ke syurga, Barangsiapa yang meletakkan Al-Quran dibelakangnya, maka Al-Quran akan mencampakkannya ke neraka. (HR Ibnu Hibban : No 124)

  4. TANGGUNGJAWAB KITA DENGAN AL-QURAN

    1. TASDIQ

      membenarkan, mempercayai dan meyakini dengan seyakinnya bahawa Al-Quran adalam Kalam Allah yang diturunkan sebagai petunjuk dan rujukan utama.

    2. TILAWAH

      • membaca dengan perlahan satu per satu.

      • membaca dengan tartil iaitu perlahan, dengan tajwid &

        mahraj yang jelas & benar

    3. TADDABUR

      • mengambil daripada Al-Quran saripati yang menjadi makanan hati & minda kita.

      • mencari pengajaran untuk diri.

      • berulang-ulang mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

      5 Perkara untuk Taddabur yang Berkesan :

      • Ikhlas untuk mendapat petunjuk dari Allah

      • Yakin bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah yang beri petunjuk

      • Baca ulang-ulang sampai faham

      • Anggap ayat itu turun kepada kita & berbicara masalah kita.

    4. TATDIQ

      • mengaplikasi Al-Quran dalam seluruh aspek kehidupan dengan sepenuhnya.

      • Praktikal melaksanakan semua pengajaran dalam Al-Quran

    5. TAHFIZ

      • menghafal ayat Al-Quran

      • mengisi hati dengan ayat Al-Quran

      • hati yang tidak menghafal Al-Quran akan menyebabkan hatinya menjadi kosong

      • bercita-cita tinggi dengan Al-Quran (usahakan sehingga akhir - malaikat akan dihantar)

      • Hati yang ada Al-Quran (insyaAllah hatinya menjadi mulia)

    6. TABLIGH

      • menyampaikan, kongsi dengan apa jua cara

      • akan dapat pahala untuk diri & orang yang melakukannya

      • sangat penting & yang terbaik antara kamu adalah orang yang belajar dan mengajar (Surah Yaasin, 12)

  5. 3 TINGKATAN (KADAR LAJU) DALAM MEMBACA AL-QURAN

    1. AT-TAHQIQ

      • Bacaan yang sangat lambat, tenang, jelas pengucapannya dan menunaikan haq huruf dengan sebaik-baiknya.

      • Sesuai bagi mereka yang mengajar Al-Quran kepada mereka yang mahu belajar membaca Al-Quran untuk membetulkan bacaan.

    2. AL-HADR

      • Bacaan yang cepat.

    3. AT-TADWIR

      • Bacaan yang tidak cepat dan tidak lambat, yang sedang sahaja.

      • Bacaan ini biasa dibaca oleh imam di dalam solat.

    Tiga tingkatan bacaan ini semua diperbolehkan dengan syarat membaca dengan secara TARTIL. Apa itu TARTIL?

    Apabila Saidina Ali r.a. ditanya tentang maksud membaca alQuran dengan tartil, beliau menjawab :

    “Mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui tempat waqaf.”

    • mengetahui makhraj & sifat setiap huruf

    • mengetahui di mana nak berwaqaf

  6. DOA SEBELUM MEMBACA AL-QURAN

    اللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيَّ حِكْمَتَكَ، وَانْشُرْ عَلَيَّ رَحْمَتَكَ، وَذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

    Ya Allah bukakanlah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupa, wahai dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.

  7. DOA SELEPAS MEMBACA AL-QURAN

    اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِالْقُرْآنِ، وَاجْعَلْهُ لِي إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًى وَرَحْمَةً،اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مِنْهُ مَا نَسِيتُ، وَعَلِّمْنِي مِنْهُ مَا جَهِلْتُ،وَارْزُقْنِي تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ،وَاجْعَلْهُ لِي حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

    Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-Quran yang agung, jadikanlah ia bagiku cahaya petunjuk rahmat. Ya Allah, ingatkanlah apa yang telah aku lupa dan ajarkan kepadaku apa yang tidak aku ketahui darinya, anugerahkanlah padaku kesempatan membacanya pada sebahagian malam dan siang, jadikanlah ia hujah yang kuat bagiku, wahai Tuhan seru sekalian alam.

  8. JOM AMALKAN SURAH : UMPAMA KHATAM AL-QURAN 15 KALI SETIAP MALAM

    1. Baca Surah Al-Fatihah (3 kali)

      1 kali = 1/3 Al-Quran

    2. Baca Surah Al-Zalzalah (2 kali)

      1 kali = 1/2 Al-Quran

    3. Surah Al-Kafirun (4 kali)

      1 kali = 1/4 daripada Al-Quran

    4. Surah Al-Ikhlas (3 kali)

      1 kali = 1/3 Al-Quran

    5. Surah Yaasin

      1 kali = 10 kali Al-Quran

  9. BACAAN SUJUD SAJADAH

    سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِي خَلَقَهُ، وَصَوَّرَهُ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ، فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

    Aku sujudkan wajahku ini kepada Allah yang menciptanya dan membentuk rupanya, yang membuka pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya dan kudratNya. Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.

  10. AYAT AL-QURAN YANG MENGANDUNGI TANDA SAJADAH

    • Surah Al-A’raaf, ayat 206

    • Surah Ar-Ra’d, ayat 15

    • Surah An-Nahl, ayat 50

    • Surah Al-Isra’, ayat 109

    • Surah Maryam, ayat 58

    • Surah Al-Hajj, ayat 18

    • Surah Al-Hajj, ayat 77

    • Surah Al-Furqan, ayat 60

    • Surah An-Naml, ayat 26

    • Surah As-Sajdah, ayat 15

    • Surah Saad, ayat 24

    • Surah Fussilat, ayat 38

    • Surah An-Najm, ayat 62

    • Surah Al-Insyiqaq, ayat 21

    • Surah Al-‘Alaq, ayat 19

HUKUM MENIATKAN PAHALA BACAAN QURAN UNTUK ORANG LAIN

SOALAN :

Can we read quran and niat the pahala reward for our loved ones?

JAWAPAN :

Kita tahu bahawa membaca Quran mempunyai banyak fadilat, antaranya bahawa sesiapa yang membacanya akan mendapatkan kebaikan, satu huruf akan diganjari satu kebaikan yang menyamai dengan 10 kebaikan.

Sebagaimana disebutkan bahawa baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنَ الْقُرْآنِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لَا أَقُولُ أَلِفْ لَمْ، وَمِيمٌ حَرْفٌ وَاحِدٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ، وَلَمْ حَرْفٌ، وَمِيمٌ حَرْفٌ

Ertinya: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

[HR. At-Tirmizi, 2910]

Dalam hadis ini dijelaskan bahawa orang yang membaca Quran akan mendapatkan kebaikan, ini merupakan balasan Allah kepada orang yang membaca Quran. Lalu bagaimana jika pahala bacaan Quran itu kita niatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang kita cintai seperti orang yang sudah mati?

Dalam masalah ini terdapat perbezaan pandangan di kalangan ulama, ada yang mengatakan bahawa menghadiahkan pahala bacaan kepada orang lain (orang mati) hukumnya boleh dan pahalanya sampai kepadanya sepertimana pahala sedekah, doa, haji, dan umrah boleh bermanfaat bagi orang sudah mati.

Disebutkan dalam al-Mausuah al-Fiqhiyah:

اختلف العلماء في قراءة القرآن وإهداء ثواب قراءته إلى الميت، فذهب المذهب الحنفي والحنبلي إلى جواز قراءة القرآن للميت وإهداء ثواب القراءة له.

Ertinya: “Para ulama berselisih pendapat tentang membaca al-Qur’an dan menghadiahkan pahala bacaannya kepada si mati, mazhab Hanafi dan Hanbali membolehkan bacaan Quran bagi si mati dan menghadiahkan pahala bacaan kepadanya”

[al-Mausuah al-Fiqhiyah]

Manakala ulama yang lain pula mengatakan bahawa menghadiahkan pahala bacaan Quran tidak disyariatkan dan pahalanya tidak sampai kepada orang yang sudah mati, kerana perbuatan seperti ini tidak ada dalil sedangkan ibadah adalah sifatnya taufiqi (berdasarkan petunjuk) yang diajar oleh baginda Nabi.

Antara dalilnya ialah firman Allah subhanahu wa taala:

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

Ertinya: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”

[an-Najm, 53:39]

Imam Ibn Kasir dalam menafsirkan ayat ini beliau berkata:

Ertinya: “Sepertimana dosa seseorang tidak dapat ditanggung oleh orang lain demikian juga pahala tidak akan diperoleh kecuali dilakukan oleh seseorang untuk dirinya sendiri.”

(Tafsir Ibn Kasir, hlm. 7/465. Cetakan Daru Taibah)

Kemudian beliau berkata lagi:

Ertinya: “Dan dari ayat yang mulia ini, imam Asy-Syafi'i rahimahullah dan orang-orang yang mengikutinya menyimpulkan bahawa hadiah pahala bacaan Quran itu tidak sampai kepada orang yang sudah mati, kerana itu bukan amalan dan bukan usaha mereka sendiri. Demikian pula Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak pernah menganjurkannya kepada umatnya, tidak juga menggalakkan mereka untuk melakukannya, tidak juga membimbing mereka kepada amalan tersebut samada dengan nas atau isyarat, dan amalan itu tidak dinukilkan dari salah seorang sahabat - semoga Allah meredai mereka-, dan jika hal itu baik tentu mereka mendahului kita dalam melakukannya.”

[Tafsir Ibn Kasir, hlm. 7/465. Cetakan Daru Taibah]

Oleh sebab itu, Quran yang kita baca tidaklah pahalanya diperoleh melainkan untuk seseorang yang membacanya sebagaimana yang disebutkan pada hadis di atas. Dan Jumhur Ulama dan mazhab Sayfie menyatakan bahawa hadiah bacaan Quran tidak sampai kepada orang yang meninggal.

Imam An-Nawawi berkata dalam al-Minhaj:

Ertinya: “Adapun bacaan quran dan pahalanya dihadiahkan kepada orang yang meninggal demikian juga dengan solat dan yang lainnya, maka dalam mazhab Asy-Syafie dan jumhur menyatakan pahala tersebut tidak sampai.”

(An-Nawawi, al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, hlm. 16/85)

Jadi meniatkan pahala bacaan Quran untuk orang lain tidak disyariatkan kerana hal ini tidak pernah diamalkan oleh Nabi dan para sahabat, dan jika amalan tersebut tidak disyariatkan maka pahalanya tidak sampai kepada orang yang sudah meninggal.

Kemudian perkara yang boleh anda lakukan ialah mendoakan bagi memohon kebaikan dan keampunan untuk orang yang anda cintai itu selepas membaca Quran, in sha Allah doa pada masa itu dimakbulkan.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.